PENGERTIAN
WUDHUK
Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu.
Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.
HUKUM WUDHUK
1. Wajib atau
fardhu,
iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang,
sama ada sembahyang fardhu
atau sembahyang sunat, ketika hendak
melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu atau
sunat,
ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya.
2. Sunat.
Banyak perkara yang disunatkan berwudhu’, antaranya ialah
untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau
mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau
kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf
di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah,
ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa
berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui wudhu’.
RUKUN WUDHUK
1. Niat
Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka, ia hendaklah dibaca semasa mula hendak membasuh muka. Niat wuduk adalah seperti berikut:
“Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta‘ala”.
ATAU
“Sahaja aku berwudhu’ kerana Allah Ta‘ala”.
2. Membasuh Muka
Had atau batasan muka yang wajib dibasuh dengan air adalah dari tempat tumbuh rambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan seterusnya adalah dari anak telinga hingga ke anak telinga. Lakukan sebanyak 3 kali secara berturut - turut.
3. Membasuh dua tangan hingga dua siku
Dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Mulakan dengan tangan kanan dan diikuti dengan tangan kiri. Lakukan sebanyak 3 kali secara berturut - turut.
4. Menyapu Air Ke Kepala
Meratakan dan menyapu dengan air sekurang - kurangnya tiga helai rambut dan sebaiknya ialah menyapu seluruh kepala. Lakukan sebanyak 3 kali secara berturut - turut.
5. Membasuh Kedua Kaki Hingga Kedua Buku Lali
Mengalirkan serta meratakan air kepada kedua belah kaki serta dicelah - celah kaki tumit hingga ke buku lali. Mulakan dengan kaki kanan dan diikuti dengan kaki kiri. Lakukan sebanyak 3 kali secara berturut - turut.
6. Tertib
Lakukan perbuatan tersebut daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur dan sempurna.
PERKARA SUNAT
1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz "Bismillahirrahmanirrahim"
2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.
3. Berkumur.
4. Memasukkan air ke dalam hidung.
5. Menyapu seluruh kepala.
6. Menyapu kedua belah telinga.
7. Menyelati janggut yang tebal.
8. Mendahulukan anggota sebelah kanan daripada sebelah kiri.
9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki.
10. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib.
11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.
12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama.
13. Menggosok anggota wudhuk supaya ia lebih bersih.
14. Bersugi dengan sesuatu yang kesat.
15. Menghadap qiblat.
16. Membaca doa selepas berwudhuk, iaitu:
Maksudnya:
“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu baginya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih serta jadikanlah aku daripada hambamu yang soleh.”
PERKARA
YANG MEMBATALKAN WUDHUK
1. Keluar
sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing,
darah,nanah,cacing, angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya.
2. Tidur yang
tidak tetap punggung, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua
papan
punggung ke tempat duduk.
punggung ke tempat duduk.
3. Hilang
akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana
apabila hilang
akal.
akal.
4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabi (bukan mahram)
5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupun
kemaluan sendiri.
6. Murtad
iaitu keluar dari agama Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan