ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM

Sabtu, 21 Februari 2015

mesyuarat surau 2015

Tarikh :16 februari 2015
masa    : 10 pagi
Tempat: makmal matematik


Sabtu, 3 Januari 2015

GOTONG ROYONG 2015

TARIKH     : 1 JANUARI 2015
MASA        :  8.30 PAGI
HARI          : KHAMIS
TEMPAT     : SURAU AT TAQWA SMK SG BESAR

 
 
 


Rabu, 15 Oktober 2014

Doa Menghadapi Peperiksaan

Musim peperiksaan sudah tiba. Bahangnya kian terasa. Pelajar dan murid telah berusaha bersungguh-sungguh dengan pelbagai usaha untuk mencapai kejayaan. 

Namun di samping usaha yang bersungguh - sungguh itu, marilah kita panjatkan doa agar ilmu yang dipelajari tidak lupa dan dapat dingat ketika menjawab dalam dewan peperiksaan nanti.

Terus membaca di :http://smksb2014.blogspot.com/2014/10/doa-menghadapi-peperiksaan.html?m=0

Bacaan Yasin Dan Solat Sunat Hajat


Pada 2 Oktober 2014,  SMK SG BESAR telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin Dan Solat hajat yang bertempat di Dewan Bestari. Majlis tahunan ini diadakan kerana anak-murid dan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PT3, SPM dan STPM  bermula 13 Oktober bagi PT3 dan awal November bagi SPM dan STPM.

Sama-samalah kita berdoa agar anak-anak didik kita memperoleh kejayaan yang cemerlang.





Selasa, 14 Oktober 2014

Taqwim Persekolahan 2015


Kelebihan Solat Berjemaah



Banyak kebaikan yang dikurniakan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang melaksanakan solat fardu secara berjemaah. Antaranya ialah mereka akan dikurniakan ganjaran pahala yang berganda-ganda. Berdasarkan hadis yang kita sedia maklum, daripada Abdullah bin Umar radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,maksudnya: “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda.”
Riwayat Bukhari:Selain itu Allah subhanahu wataala juga menjanjikan keampunan daripada dosa-dosa kepada orang yang menunaikan solat berjemaah. Hal ini bersesuaian dengan sebuah hadis daripada Uthman bin Affan radiallahuanhu yang mana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda :“Sesiapa yang berwuduk untuk solat, lalu dia menyempurnakan wuduknya, kemudian dia terus berjalan untuk mendirikan solat fardu, lalu dia pun menunaikannya bersama orang lain atau secara berjemaah atau di masjid nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.”
Riwayat Muslim : Malah, sesuatu solat berjemaah itu akan digandakan kelebihannya apabila bertambah bilangan orang yang turut serta dalam solat berjemaah tersebut. Dalam hal ini, ada suatu hadis daripada Ubay bin Kaab radiallahuanhu, daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud : “Sesungguhnya solat lelaki yang dilakukan bersama seorang lelaki yang lain lebih afdal (di sisi Allah) daripada solatnya secara bersendirian. (Begitu juga) solatnya bersama dua orang lelaki lebih afdal (di sisi Allah) daripada solat yang dilakukan bersama seorang lelaki sahaja. Semakin ramai bilangan ahli jemaah maka ia semakin disukai di sisi Allah.”
Riwayat Abu Daud : Maka dengan segala tuntutan dan kelebihan solat berjemaah ini, apa lagi alasan untuk kita bertangguh, berasa malas atau berat hati untuk mengerjakannya? Mulai sekarang, ayuh kita beriltizam untuk memenuhi masjid sebaik sahaja seruan azan berkumandang. Tidak rugi kita berhenti sejenak dan meluangkan sedikit masa untuk solat berjemaah di masjid. Bahkan, segala usaha kita ini pastinya pula akan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah yang Maha Penyayang.

Sumber info :

Solat Berjemaah 1


Solat berjemaah merupakan aktiviti utama di Surau Attaqwa,  SMK SG BESAR. 
Solat berjemaah 1 bermaksud solat zohor dan asar secara berjemaah pelajar sesi petang (pelajar tingkatan 1 dan 2).

Sementara solat berjemaah 2 ialah solat maghrib, isyak dan subuh secara berjemaah oleh pelajar asrama 

Berikut admin bawakan beberapa keping gambar solat berjemaah 1. Solat berjemaah 2 admin akan update dalam entri akan datang.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...