Musim peperiksaan sudah tiba. Bahangnya kian terasa. Pelajar dan murid telah berusaha bersungguh-sungguh dengan pelbagai usaha untuk mencapai kejayaan.
Namun di samping usaha yang bersungguh - sungguh itu, marilah kita panjatkan doa agar ilmu yang dipelajari tidak lupa dan dapat dingat ketika menjawab dalam dewan peperiksaan nanti.
Terus membaca di :http://smksb2014.blogspot.com/2014/10/doa-menghadapi-peperiksaan.html?m=0
ASSALAMUALAIKUM
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Rabu, 15 Oktober 2014
Selasa, 14 Oktober 2014
Kelebihan Solat Berjemaah
Banyak kebaikan yang dikurniakan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang melaksanakan solat fardu secara berjemaah. Antaranya ialah mereka akan dikurniakan ganjaran pahala yang berganda-ganda. Berdasarkan hadis yang kita sedia maklum, daripada Abdullah bin Umar radiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda,maksudnya: “Solat berjemaah lebih afdal daripada solat bersendirian sebanyak 27 kali ganda.”
Riwayat Bukhari:Selain itu Allah subhanahu wataala juga menjanjikan keampunan daripada dosa-dosa kepada orang yang menunaikan solat berjemaah. Hal ini bersesuaian dengan sebuah hadis daripada Uthman bin Affan radiallahuanhu yang mana Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda :“Sesiapa yang berwuduk untuk solat, lalu dia menyempurnakan wuduknya, kemudian dia terus berjalan untuk mendirikan solat fardu, lalu dia pun menunaikannya bersama orang lain atau secara berjemaah atau di masjid nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya.”
Riwayat Muslim : Malah, sesuatu solat berjemaah itu akan digandakan kelebihannya apabila bertambah bilangan orang yang turut serta dalam solat berjemaah tersebut. Dalam hal ini, ada suatu hadis daripada Ubay bin Kaab radiallahuanhu, daripada Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud : “Sesungguhnya solat lelaki yang dilakukan bersama seorang lelaki yang lain lebih afdal (di sisi Allah) daripada solatnya secara bersendirian. (Begitu juga) solatnya bersama dua orang lelaki lebih afdal (di sisi Allah) daripada solat yang dilakukan bersama seorang lelaki sahaja. Semakin ramai bilangan ahli jemaah maka ia semakin disukai di sisi Allah.”
Riwayat Abu Daud : Maka dengan segala tuntutan dan kelebihan solat berjemaah ini, apa lagi alasan untuk kita bertangguh, berasa malas atau berat hati untuk mengerjakannya? Mulai sekarang, ayuh kita beriltizam untuk memenuhi masjid sebaik sahaja seruan azan berkumandang. Tidak rugi kita berhenti sejenak dan meluangkan sedikit masa untuk solat berjemaah di masjid. Bahkan, segala usaha kita ini pastinya pula akan dibalas dengan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda oleh Allah yang Maha Penyayang.
Sumber info :
Ahad, 12 Oktober 2014
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
Surah Mulk hendaklah dibaca secara istiqamah dengan menjadikan membacanya amalan kehidupan seharian. Ulama berkata: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.”
Kelebihan Surah Al Mulk
Surah ini menyelamatkannya daripada azab kubur. Kelebihan juga dinyatakan pada malam hari. Seseorang yang membacanya pada malam hari telah melakukan banyak ibadah dan telah melakukan satu amalan yang baik.
“Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidurmelainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surahAl Mulk.”
Di antara kelebihan Surah ini ialah:
1. Surah ini akan menjadi penyelamat.
2. Penegah pembacanya dari seksa kubur.
3. Berada di bawah naungan sayap malaikat (mendapat rahmat Allah).
4. Di hari kiamat rupanya akan dicerahkan seperti wajah Nabi Yusuf (cantik).
5. Dinamakan Surah gagah perkasa, pintar lagi cerdik.
sumber info :
Ahad, 21 September 2014
Solat Sunat Dhuha
SOLAT DHUHA
Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.
v HUKUM SOLAT DHUHA
Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:
1. Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2. Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3. Tidak disunatkan.
4. Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solatQiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.
Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:
أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ
صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.
Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:
أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.
CARA MENUNAIKAN SOLAT DHUHA
Pelajar 4 Sains Sukan sedang menunaikan solat sunat Dhuha
Kalendar Takwim Islam Tahun 2014
Kalendar Takwim Islam 1435H-1436H Tahun 2014 Di Malaysia. Tarikh penting dalam takwim Islam ini telah dikeluarkan secara rasmi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Semoga ianya dapat dijadikan panduan kepada seluruh umat islam di Malaysia.
Kalendar Takwim Islam Tahun 2014 Malaysia
Sumber: Kalendar Takwim Islam Tahun 2014 Di Malaysia | melvister.com
Tarikh-tarikh penting dalam bulan islam
Semakan Arah Qiblat
Panduan semakan arah kiblat islam pada rabu 28 Mei 2014. Menerusi makluman rasmi JAKIM, masyarakat muslim terutamanya boleh menyemak ketepatan arah kiblat di kediaman masing-masing mulai jam 5.16 petang Rabu 28 Mei 2014. Semakan arah kiblat boleh dibuat melalui kaedah istiwa’ matahari di kaabah. Untuk pengetahuan, semakan arah kiblat hanya berlaku 2 kali dalam setahun. Pada tahun ini, ianya berlaku pda 28 Mei 2014 dan 16 Julai 2014.
Sumber: Panduan Semakan Arah Kiblat Islam Pada 28 Mei 2014 | melvister.com
Sumber: Panduan Semakan Arah Kiblat Islam Pada 28 Mei 2014 | melvister.com
Langgan:
Catatan (Atom)









