ASSALAMUALAIKUM

ASSALAMUALAIKUM
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti. Papar semua catatan

Rabu, 15 Oktober 2014

Bacaan Yasin Dan Solat Sunat Hajat


Pada 2 Oktober 2014,  SMK SG BESAR telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin Dan Solat hajat yang bertempat di Dewan Bestari. Majlis tahunan ini diadakan kerana anak-murid dan pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PT3, SPM dan STPM  bermula 13 Oktober bagi PT3 dan awal November bagi SPM dan STPM.

Sama-samalah kita berdoa agar anak-anak didik kita memperoleh kejayaan yang cemerlang.





Selasa, 14 Oktober 2014

Solat Berjemaah 1


Solat berjemaah merupakan aktiviti utama di Surau Attaqwa,  SMK SG BESAR. 
Solat berjemaah 1 bermaksud solat zohor dan asar secara berjemaah pelajar sesi petang (pelajar tingkatan 1 dan 2).

Sementara solat berjemaah 2 ialah solat maghrib, isyak dan subuh secara berjemaah oleh pelajar asrama 

Berikut admin bawakan beberapa keping gambar solat berjemaah 1. Solat berjemaah 2 admin akan update dalam entri akan datang.









Ahad, 12 Oktober 2014

Pelbagai Aktiviti Di Surau Attaqwa


Di antara aktiviti yang dilaksanakan di surau Attaqwa SMK SG BESAR

Kelas Kemahiran Al Quran

Kelas Bahasa Arab

Bacaan Yassin

Solat Sunat Hajat


Solat Sunat Dhuha

Amali solat

Program Motivasi


Program Motivasi Sentuhan Hati
Pelajar Kelas Aliran Agama
3KA 2014

Program Suci Hati


Solat Sunat Taubat
Solat Sunat Hajat
Solat Sunat Dhuha



Selasa, 23 September 2014

Solat Sunat Taubat dan Solat Dhuha

Kelas 302 dan 3KA 
Solat sunat taubat dan solat
 sunat dhuha




 I


Amali Wudhu'

Kelas 3KA
Tarikh : 23 September 2014
Masa:7.30 pagi






Ahad, 21 September 2014

Solat Sunat Dhuha


SOLAT DHUHA

Dhuha menurut ahli fekah adalah waktu di antara ketika matahari mulai naik sehingga ketika matahari mulai condong. Oleh itu solat Dhuha adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu tersebut.


v  HUKUM SOLAT DHUHA

Pandangan para ulamak tentang hukum mengerjakan solat Dhuha adalah seperti berikut:

1.      Sunat secara mutlak dan dikerjakan setiap hari
2.      Sunat namun tidak didirikan setiap hari secara berterusan.
3.      Tidak disunatkan.

4.      Ianya disunatkan kerana faktor tertentu seperti bagi mereka yang tertinggal mengerjakan solatQiyam al-Lail maka digantikan solat tersebut dengan mengerjakan solat pada waktu dhuha.

Pendapat yang paling tepat serta dipegang oleh jumhur ulamak adalah solat Dhuha termasuk amal sunat mu’akkadah dan dianjurkan untuk diamalkan secara rutin. Ini adalah kerana Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam selalu mengerjakannya, menganjurkan para sahabat untuk mengerjakannya malah baginda pernah mewasiatkan perlaksanaannya kepada beberapa sahabat. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ

صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَرَكْعَتَيْ الضُّحَى وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَام.َ

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.

Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat tetapi anjuran tersebut merangkumi untuk seluruh umat Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam kecuali sekiranya terdapat lafaz yang menunjukkan ianya sememangnya khusus untuk sahabat tersebut. Ternyata lafaz tersebut berbentuk umum apatah lagi baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh, dia berkata:

أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ

بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.

Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat Witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.

CARA MENUNAIKAN SOLAT DHUHA





Pelajar 4 Sains Sukan sedang menunaikan solat sunat Dhuha

Jumaat, 8 November 2013

Rabu, 19 Jun 2013

kelas PAFA

Assalamualaikum w.b.t

Salam ukhuwwah fillah...

 Kelas PAFA sesi petang yang dikendalikan oleh ustazah Sribanun binti Ngarip

Mesyuarat Agung PPIM

Assalamualaikum w.b.t

Salam ukhuwwah fillah

Aktiviti   : Mesyuarat Agung PPIM 2013
Masa      : 8.30 pagi
Tarikh     : 14 Januari 2013
Guru Penasihat:
                 Ustazah Rohaida Bt Ahmad
                 Ustazah Zuraidah Bt Mumin
                 Cikgu Siti Soleha Bt Mahmud




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...